Powered By Blogger

Tuesday, April 9, 2013







        hahahah....jeng...jeng....ini lagi satu kisah memalukan aku masa sem 2 dulu...hahahah....

ini adalah salah satu makanan kegemaran aku,tapi xleh makan selalu sebab nanti darah tinggi...tapi kalau dah xtahan sangat,aku bedal je....di kampung aku sungai petani ada satu tempat yang buat hidangan ni sangat sedap dan murah....dah la banyak,murah sedap lak tu...apa lagi....serrrrrbuuuuuuuu.....tapi bila aku dah masuk kolej dan seingat aku masa tu sem 2 aku tido ptg,termimpi la plak sup gearbox ni....aku punya hirup lah,sampai bunyi sruppp....srupppp....tetiba aku tersedar....rupanya aku srupppp....sruuppppp air liur aku je...hahahah...ya allah malunya,nasiblah roomate xde...sbb dorang ade kelas petang masa hari kejadian tu...hahahaha....itulah,jauh dari kampung....makanan dan cara kehidupan jauh berbeza...tapi kampung tetap dihati......

Saturday, September 29, 2012

sahabat hingga ke akhir hayatnya

                                                      sahabat hingga ke akhir hayatnya

perkenalan kami bermula dihari pertama semester 1,tapi sepanjang semester 1,aku kurang rapat dgn arwah,bila masuk sem 2 ja,aku mula rapat dgn arwah dan dah mcm adik n abg,kemana je akan berdua,setiap hari nak ke kelas,aku akan fon dia n kejutkan dia...sbb kami xsama blok di rumah siswa,setiap hari akan ke kelas xkira kelas apa pun,arwah sorang yang sgt bijak..sebab arwah banyak membaca berbanding aku yang agak malas membaca ni..setiap kali dapat tugasan dri pensyarah,dah tahu dah aku akan dgn sape 1 kumpulan...aku xdpt pisahkan dgn arwah...banyak kenangan indah dgn arwah sebagai sahabat..aku ingat lagi,presentation aku dgn dia buat pensyarah sayu,dan buat arwah menahan air mata,itulah prensentation yang terakhir aku dgn dia dlm subjek perkembangan manusia.sepanjang hidup arwah,dia kuat semangat dgn kekuatan dua pihak iaitu family dia dan jugak kwn2 sekeliling,dia ada amik 1 contoh,dia amik kartun pooh sbgai kekuatan dia untuk teruskan hidup...iaitu watak eyor dan tigger..aku tersenyum skang ni bila ingtkan watak kartun ni.sbb aku slalu ingtkan dia mcm ni "azri,ko mesti jadi tigger tau...supaya ko kuat...aku xnk ko jd eyor yg sentiasa monyok" bole kan??? tersenyum hiba bila aku kenangan kata2 ni....bila aku ckp mcm tu,arwah pasti tersenyum...kami berkawan rapat hinggalah ke akhir sem 3 dan hari terakhir aku dan dia duduki final exam untuk semester 3...aku temankan dia pergi jumpa pensyarah untuk duduki midterm yang dia blum settle...dan akhir sekali kami dah nak balik kampung masing2,aku tergerak hati untuk mintak maaf dgn arwah....arwah pun mintak maaf bnyak2 dgn aku dan dia ckp "mad,thnks,thnks,n thnks alot untuk semua mad",hati aku mula terdetik,adakah ini pertemuan aku dgn arwah yang terakhir....sangkaan aku tepat sekali....bila dah mula cuti semester dan hampir hujung cuti semester,aku dapat panggilan dari mak arwah dan ckp arwah dah lemah dan xmampu bersuara lagi dan arwah ada tulis nota ringkas suruh mak arwah hubungi aku dan mintak maaf banyak2 dgn aku dan tlg sampaikan yang arwah sygkan aku mcm abg dia sendiri dan mintak aku belajar bersungguh2...mak arwah fon dgn penuh tangisan hiba,aku selaludoakan arwah supaya sihat dan sesama hadir di majlis konvokesyen nnti..tapi hibanya,arwah pergi tinggal aku dan sahabat yang lain...keesokan hari,aku tergerak hati untuk on9 fb diawal pagi...dan tepat pukul 9pagi,aku dapat khabar dri anak angkat mak arwah yang bgtau aku yang arwah dah mninggal dlm masa tak kurang dari 5minit...jantung aku berdegup kencang dan airmata hiba mengalir dgn ikhlas dari mata aku...muali hari tu,bermula lah aku sbgai seorang sahabat  yang  mampu berdoa untuk kebhagiaan arwah di sana...bila aku naik sem baru,aku kekok untuk ke kelas sbb aku rasa macam aku berjalan dgn sebelah kaki...sbb arwah dah xda...sampai skang aku susah untuk sesuaikan diri untuk cari sahabat baru yang sebaik dia....

Tuesday, June 26, 2012

Thursday, July 28, 2011

aids

AIDS

Aids ialah singkatan kepada ‘Acquired Immune Deficiency Syndrome’.
Punca penyakitdan faktor risiko:
a)disebabkan oleh virus HIV(Human Immunodefiency virus) yang menyerang dan memusnahkan/melemahkan keupayaan semulajadi sistem ketahanan badan dalam melawan penyakit.
b)bila ketahanan kurang maka pesakit Aids ini terdedah kepada pelbagai kuman yang biasanya tidak menyebabkan penyakit kepada orang yang normal.Jenis jangkitan ialah beberapa jenis barah yang jarang berlaku.
c)Aids boleh berjangkit melalui hubungan seks rambang atau bertukar pasangan dan melakukan dengan orang yang telah dijangkiti Aids.daripada ibu yang dijangkiti HIV kepada anak dalam kandungan.
Tanda-tanda/ simpton :
a)ujian darah positif
b)berat badan susut melebihi 10% tanpa sebab
c)cirit-birit yang berterusan
d)demam yang berpanjangan(sekali sekala ataupun beterusan)
e)batuk-batuk yang berterusan
f)bengkak pada kelenjar leher,ketiak,pangkal peha.
g)melepuh di bahagian kemaluan atau mulut yang merebak dan berulang
h)jangkitan paru-paru
i)barah di kulit atau mulut
j)jangkitan penyakit lain yang jarang dihidapi oleh orang yang sihat.
Langkah pencegahan:
a)Jangan lakukan hubungan seks gengan orang tidak dikenali taraf kesihatannnya
b)Elakkan seks secara rambang dan bertukar pasangan.
c)gunakan kondom jika hubungan seks tak dapat dielakkan(seperti suami isteri)
d)jangan menagih dadah dan berkongsi jarum suntikan dengan penagih lain.
e)Elakkan berkongsi alat peribadi yang boleh tercemar dengan darah seperti berus gigi,pencukur dan lain-lain.
f)Pesakit Aids tak boleh menderma darah,air mani dan anggota badan.
g)Sekiranya anda seorang ibu elakkan dari hamil kerana anak boleh dijangkiti kuman Aids.
h)jauhi rokok dan alkohol.
Rawatan /Pengesanan:
a) Menjalani rawatan pemeriksaan perubatan yang ditetapkan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
b)jaga kesihatan diri dengan senaman,rehat dan tidur yang secukupnya
c)pelihara makanan yang seimbang
d)elakkan dari kecederaan atau luka di kulit anda
e)utamakan penggunaan alat yang dipakai sekali shj iaitu seperti jarum pakai buang,bekas pewarna dan lain-lain.

Tuesday, March 22, 2011

mampukah......


Mampukah aku pikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai???????
Dulu aku bercita-cita ingin menjadi seorang juruterbang,tapi aku jenis yang malas dalam pelajaran,so aku xdapat lah untuk mengikut haluan untuk menjadi seorang juru terbang,dari situ lah bermulanya cita2 ke dua aku iaitu ingin menjadi seorang anggota polis di bahagian unit trafik,aku telah lalui pelbagai ujian dan temuduga yang di buat oleh pihak polis di raja Malaysia,tetapi aku gagal untuk temuduga seterusnya,dalam masa yang sama aku berkerja didalam bidang kesihatan di sebuah hospital lama di utara semenanjung,dari situ lah aku tergerak hati dan berminat untuk merawat orang dan member bantu kepada orang awam,sepenjang 3 tahun aku berkerja di bawah kementerian kesihatan,pelbagai dugaan dan cabaran dah aku lalui.darah,nanah,ulat,muntah,air kencing pesakit,semua aku dah lalui dan aku rasakan dah serasi dengan diri aku,selepas 3 tahun aku di bawaha kesihatan,aku sambung pelajaran lagi tapi kali ni bukan di bawah bidang kesihatan lagi,tapi tetap status berkhidmat dan member pertolongan kepada orang awam yang perlukan bantuan.sepanjang pengajian aku dalam bidang sains kemanusiaan(psikologi kaunseling)aku dah banyak dapat perubahan dari cara berfikir untuk diri sendiri,aku sedar suatu hari nanti,aku akan tamatkan pengajian dan akan jadi seorang  PEGAWAI,tapi mampukah aku pikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai yang ingin membantu orang awam?????ini yang selalu bermain di fikiran aku sepanjang aku di kampus.tapi aku cuba menerima tanggungjawab ini kerna aku tahu bidang ini sangat diperlukan dalam pelbagai sector di Malaysia  ini,aku berharap sangat niat ikhlas aku ini di restui oleh semua pihak dan aku harap suatu hari nanti aku dapat tolong semua orang awam yang memerlukan bantuan dari aku.aku selalu pohon doa pada yang maha esa agar aku Berjaya untuk member bantuan kepada semua orang awam yang perlukan bantuan.insyallah….

Thursday, March 17, 2011

rahmah persona algebra...


aku tak penah terfikir selama ni untuk mencari sahabat yang boleh di buat tempat untuk berkongsi suka dan duka....but pertemuan di kafe lah berputik dan bermulanya persahabatan kami..aku seperti orang lain juga yang ingin berkawan,semakin hari semakin serasi kami dalam berkawan.tapi pertemuan bersemika dah hampir tamat disebabkan persona algebra dah hampir ke penghujung pengajiannnya di semenanjung ni....tapi aku pasti dan yakin,persahabat kami xkan terhenti di sini...untuk persona algebra,kau lah sahabat aku yang bukan dari semenanjung yang paling best .....aku tak sangka dlm kesibukan kota sekarang ini masih ada insan yang sebaik persona algebra....bila aku lepak dengan dia,aku rasa macam masa tu bergerak pantas....rasa mcm nak panggil doremon je suruh hentikan masa sekejap....heheheheh...tapi semua tu ilusi semata2....mana ujudnya doremon....papehal pun,jadikan lah date kita di tepi pantai robina n nasi kandar subaidah pd 17march itu adalah kenangan terindah buat kita.....mah...kau kuatkanlah dan rapatkanlah balik persahabatan kau dengan dia mah....dia sbnarnya xmampu berdiri tegak sorang diri....dia cuma mampu berdiri sahaja..dan bukan berdiri tegak mah.....